Ku buka akhbar, berita nya sama
Palestin dibedil...
Ku selak majalah, juga yang sama
Palestin bermandi darah
Ku tonton tv, cerita yang sama
Mangsa Zionis bertambah
Ku buka blog, ceritanya tetap sama.....
Palestin dibedil, Israel berkuasa
Sampai bila ini kan terus terjadi
Hati pedih, luluh, hiba
Tiap kali menatap tubuh kaku tidak bernyawa
Menjadi mangsa ciptaan insan,
yang keras hatinya,
yang kurang kasihnya,
yang hilang sayangnya,
yang tipis malunya,
menjejak ke tanah milik orang
tanpa salam tanpa kata
hanya senjata yang berbicara....
Disaat dunia menyaksikan kezaliman Israel, aku terdiam sendiri. Aku sejak lahir telah didedahkan dengan peperangan. Perang..perang dan perang. Walau bukan di tanah tumpahku sendiri, peperangan di sana memberi kesan padaku. Aku mudah menangis, apatah lagi melihat kan kanak2 yang tidak mengerti apa-apa menjadi mangsa. Ibu kehilangan anak, suami kematian isteri, bayi yang tidak sempat mengenal ibu dan bapanya. Semua ini membuatku insaf..... Semua ini membuatku berasa syukur dengan nikmat yang dianugerahi padaku. Aku punya emak yang pengasih, ayah yang penyayang, kakak yang memahami, adik yang dikasihi. Bagiku, ini sudah cukup untuk ku mengharungi dunia yang penuh liku ini. Tapi, sejak seminggu yang lalu, aku berasa tertekan. Melihat saudaraku dibunuh tanpa sekelumit rasa ihsan. Aku hairan, bagaimana mudah nya mereka menarik punat-punat kematian itu. Mereka lah syaitan yang bertopeng kan manusia. Sungguh aku jijik melihat mereka. Inilah yang dikatakan dunia di hujung hayatnya... Nyawa bagaikan tiada harga. Yang penting hanyalah kuasa......sampai bila? Aku tiada jawapannya......
Masih lagi ada dikalangan kita yang tidak peka dengan keadaan semasa. Tgh syok la katekan.... Tgk la baju, cantek mmg cantek..punye la beso bendera Amerika tu kan. Bangga ke hape? For me, what a shame....saudara kite kat palestin rmai yg mati, menderita dan diseksa disebabkan kerakusan Israel yg mendapat tajaan penuh dari Amerika. Derang kat sana dok bakar bendera tu, kita kat sini punya la tinggi idung dok tayang kat baju. Aduh!!! Kt mane letaknye kesedaran kite?...... or senang cakap, kite kesah ke?
No comments:
Post a Comment